Perempuan?
got this from a friend in the bulletin board..it's quite interesting how they "see" a gurl/woman from words that come out such as this:
FINE
Ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan
pergaduhan, lebih-lebih lagi bila dia rasa dia
yang betul dan anda kena diam. Jangan sekali kali
gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran
rupanya,terutama sekali apabila dia sedang
mencuba pakaian di kedai - hanya akan membawa
anda berdua bergaduh.
LIMA MINIT <---this is true(for me!!)cause when i say it;
means it's gonna be another 15 mins b4 i'm totally done...
Ini sebenarnya setengah jam. Ianya sama jugak
dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan
berakhir sebelum anda membawa sampah ke luar,
jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.
TAKDE APA-APA
Ini bermakna "something" dan anda perlu berjaga-
jaga! Perkataan ini melambangkan perasaan perempuan
yang inginkan anda berputar-putar kat dalam macam mesin
basuh. Selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan
bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH! (dengan kening terangkat)
Ini adalah satu cabaran yang akan membuat si
perempuan menjadi marah dengan 'TAKDE APA-APA'
dan diakhiri dengan 'FINE'.
PERGILAH (dengan kening biasa)
Ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang
awak nak sebab saya tak kisah'. Anda hanya akan
mendapat situasi ini dan dalam
beberapa minit diikuti dengan 'TAKDE APA-
APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali
dengan anda dalam masa 'LIMA
MINIT' apabila dia dah sejuk.
MENGELUH YANG KUAT
Ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi
kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum
lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna
dia merasakan anda adalah seorang yang bodoh
ketika itu dan dia sendiri terfikir kenapalah dia
menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh
mengenai 'TAKDE APA-APA'.
MENGELUH YANG PERLAHAN
Lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH
YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa
puas. Adalah lebih elok jika anda duduk diam, jangan buat
sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.
OKAYLAH
Ini adalah kenyataan yang paling merbahaya
seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY
LAH' bermakna dia ingin berfikir
panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan
anda yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH'
selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening Yang
Terangkat'.
BUAT LAH
Satu ketika di masa depan dalam masa terdekat,
anda akan dilanda masalah yang besar.
TOLONGLAH
Ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan.
Seorang perempuan memberi anda peluang untuk
mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas
apa yang telah anda lakukan. Anda mempunyai
peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-
hati dan anda tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.
TERIMA KASIH
Seorang perempuan mengucapkan terima kasih.
Jangan pengsan. Terima dan ucapkan sama-sama.
TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
Ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. Seorang
perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau
marah pada anda. Ini menunjukkan yang anda telah
menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH
YANG KUAT'. Berhati-hati untuk tidak bertanya apa
yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana
ini hanya akan membuat dia berkata 'TAKDE APA-
APA'.
i dunno how far the truth is..tp mmg statements nih somehow relate to some gurll/woman..consciously or unconsciously...anyway,i think that's what make a woman so precious;cause you'll never know wut they're thinking about.