<body>


syahida
perfection of unperfect

Navigations are at the {top}

bold italic underline link

31.10.05
2:15 AM

the reason

Jangan cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan membenci..
jika dia bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai menabur janji..

jangan dirindu pada paras rupa..
kelak kita akan terseksa..
jika dia tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis tipu belaka..

jangan disayang kerana berharta..
kelak kita hidup menderita..
jika hartanya habis dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..

jangan dikasih kerana dipuji..
kelak kita menagih janji..
jika rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..

jangan dicari seorang kekasih..
kelak kita akan disisih..
jika kasih luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..

jangan disambut salam rindu..
kelak kita menahan sendu..
jika rindu tak dapat disatu..
dimanakah akan kita mengadu..

jangan dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman. .
jika teman tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..

wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana tuhan..
untuk menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..


*sekadar renungan bersama...kadang kala it's a pressure for us to have sumbody that we can rely on and close to us lebih-lebih lagi apabila umur sudah meningkat dewasa...it's a nature for every human.tapi kita kenalah berhati-hati dalam memilihnya as this will determine our next step in future life....not try to outsmart anybody here cos this is just wut i think...*
"Wanita-wanita keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" Surah An-Nuur ayat 26.


27.10.05
5:45 AM

just thinking about it many,many times..want to share it in an interactive way that i can....






24.10.05
1:18 AM

arghh..tension...

geram betul rasa hati biler printer yang sangat2lah diharapkan bak ayam tambatan negara, tak mahu menjalankan tugas biasa dier...berapi-api rasanya,nasiblah sekarang ni bulan Ramadhan,selain berpuasa mulut dan perut, hati pon kena ikut puasa sekali...sabar,kak,sabar....sedar tak sedar, dah banyak hari jugak kita berpuasa yer? syukur alhamdulillah jugak sebab kesempatan untuk kita masih terbuka luas dan panjang untuk terus beribadat....apa2 pon...teringin sangat nak kongsi this artikel sebab saya rasa ianya menarik....

Berzina Dengan Ikhlas
Dilulus terbit pada Tuesday, October 11 @ 09:45:18 MYT oleh LinuxPro

Pendapat Penulis triple_j menulis - "Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin:

Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas.....Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia "
(Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi). Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud:
"Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu!" (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.


Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya.Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia - Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia - Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, "Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! "(Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.

Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.

*renung2kanlah*


21.10.05
3:51 AM

perginya seorang wanita, teman, isteri dan ibu....

salam takziah diucapkan buat PM kita n family diatas pemergian isteri dan ibu, almarhumah Endon Mahmood. siapa sangka, dalam keghairahan rakyat Malaysia menjalani ibadah puasa dan bergembira dengan suasana yang mulia lagi diberkati ini, kita dikejutkan dengan pemergian seseorang yang amat dikenali seawal pagi, saat setiap orang baru saja mahu memulakan hari. dengan liputan yang luas dari pihak media; tentang perjalanan pengkebumian arwah dan diselangi dengan bacaan al-quran;sedikit sebanyak mengundang perasaan sedih,sayu dan menginsafkan...ditambah dengan cuaca yang gloomy hari ini...saya taklah begitu "familiar" dengan PM baru kita ni, sebab saat Pak Lah naik menjadi perdana menteri, saya masih lagi menuntut di luar negara. tapi saya amat tertarik hati untuk menulis tentang ini sebab bagi saya, kita dah lama tak memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang tak disangka seperti ini. sudah semestinya kita meletakkan
ajal dan maut itu sebagai suatu yang sudah menjadi ketentuanNya, maka sebagai manusia kita haruslah redha. dan bagi yang masih hidup, jadikanlah ini sebagai iktibar; walau dimana kita berada, tak kira siapa sahaja diri kita, maut pasti datang menjemput...Al-Fatihah..


"Dan setiap umat mempunyai ajal (batas waktu). Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaat pun."
~ Al A`raf:34 ~


19.10.05
10:37 AM

morning and me...
which is never quite synonym together...have to admit that i am a nite person but i haven't sleep yet since last nite....i just dun't feel sleepy or..tired...seems like my insomnia or wut ever it is; becoming more cronic now...but maybe thanx to it, i managed to finish reading 3 surah of Quran, managed to bug everybody that's sleeping esp my dad (and now he's continue sleeping!) and surfing the net until i was bored....so, now i'm updating this blog, try to write wut's best...apparently,a few unexpected things happened to me..one thing that is still lingering in my mind and i feel a bit funny cos sum how i feel like He really did fulfilled this only wish of mine..since i'm in Brissy, i keep wondering about this friend of mine...and when i come back to Malaysia, i still wondering wut this friend has been doing as it has been 6 years since i last saw this friend. So, i guess the puzzle has been solved cos yesterday whilst i was busy stuffing yong tau fu into my tray, suddenly i saw a very,very familiar face of this friend; smiling and i was a bit of shock that i just turn away and walk as fast as i could...wut a surprise....~
*i really dunno y i write 'bout this but i guess i dun't really have anything to write.besides, i still can't forget 'bout the incident and i still can't forget 'bout this friend....i'm sorry cos i'm walking away just like that but i guess you did not change at all....it feels like yesterday i saw you across the corridor..trying to be different but somehow i feel happy that; @ that moment u choose to keep urself as the same unique you... *


18.10.05
2:30 AM

why bother?

ntahlah, maybe some people just can't admit themself to some limitations in life....bukan tak bagus ada vision for something greater or anything tp biarlah memadai. jangan tunggu langit runtuh atau bumi terbelah baru nak sedar....sebab lena kita dah terlalu panjang, it's time to wake up and to change too~ it's about attitude and mentality that i dun't like...dan saya juga tidak sempurna....

"kepunyaan Allah ialah segala yang dilangit dan dibumi.segala urusan adalah ditentukan oleh Allah."




14.10.05
6:06 AM

insomniac me....
i'm getting wut i want but somehow i realised that it is not wut i need...this is not about decision but it's just more on realisation....

*enjoy my new skin....memang nak sangat skin camnih but i'm waiting for the rite pixs...so i guess pixs of this 3 princesses is the most suitable and beautiful one..i want to put my own pixs when i was small but i guess my face a bit similar like ain @ that same age xcept my hair more straight that hers..heheheheeh =).so, to the 3 stooges, this is dedicated to u all...*






13.10.05
5:54 AM

i want this book!

just want it..i dunno, i feel inspired by this person to read this book...dun't think i can easily find it here but i will search for it somehow manually or maybe try to find online copy of it....=)---> The Alchemist by Paulo Coelho

image by : Amazon.com




12.10.05
2:34 AM

sebelum mata terlena...
wut to write?entahlah, tak terfikir plak....memang ada rasa nak update tapi takder perkara nak kasik tahu...i tried hard to sleep tapi tak dapat2 jugak nak lelapkan mata....ishhh..tulaaa, minum lagi kopi...tapi kalo tak minum, hidup rasa cam tak lengkap..tak best~so, i just lie down and try hard(again) to sleep...terkebil-kebil pandang siling dan dalam masa yang sama, macam2 perkara melintas dalam fikiran...rasa seramlah, boringlah,insaflah,sedih pon ada, penat pon ada....then, i remember satu pesanan ni...peruntukkanlah bagimu satu waktu untuk mengkaji semula perbuatan dan sikap kamu hari ini....maknanya; bermuhasabah diri...agak2 dalam sehari, berapa lama kita spend untuk memikirkan kembali apa yang telah kita lakukan sehari-hari....i dunno...for me yang slalu "nyamuk" sket nih (hehheheehhe), slalu laa gak luper untuk lakukan...yelaa..mende tak wajib so tak payah laa buat kan?tapi bila kita fikir2kan kembali sebenarnya, ada kesan baik daripadanya...dan kadang2 kesannya sampai dapat pengaruhi sikap orang lain. for me, i always try to muhasabah diri b4 i go to sleep...masa sedang baring2 tu, i always takes 1 mins to think...sometimes, it's not necessarily about what i have done but juga ambil masa tu untuk maafkan orang dan berdoa untuk kesejahteraan....sebab, i always fear that maybe tomorrow morning, i mite not breath again...tapi yang penting for me, nasihat ni bukan saja satu lagi kata2 motivasi tapi juga satu perkara yang buat kita jadi lebih matang dan bersedia untuk menghadapi rintangan...macam mana? ntahlah, susah nak describe; cuba cari jawapannya sendiri...sebab kadang-kala, kita lebih mengetahui tentang kebolehan diri kita....so, cubalah ambil some sweet time untuk diri kita sendiri,berfikir tentang kita sehari-hari sebab for me; a person who never care about wut he/she do and how they behaves to others is a person who never give themselves a chance to correct it...think of it and perhaps, it will make u wiser...


5.10.05
1:54 AM

sekali lagi...
how can i put it into words? i dunno but i feel happy that for one more time, Ramadhan is here....but in the same time i feel sad too...because masih ramai diluar sana yang masih fikir Ramadhan adalah bulan yang menyusahkan mereka; sebab tak boleh makan dan minum di waktu siang dan ditempat2 terbuka.mustahil kan untuk seorang Islam berfikir begitu? tapi still ada segelintir dari kita yang merasakan demikian. takkah kita merasa gembira sebab bulan ini adalah bulan untuk kita rebut segala kebaikan dan untuk kita buktikan bahawa amal dan ibadat kita ikhlas untukNya.puasa adalah rahsia antara kita sebagai hambaNya untuk Pencipta kita.so, kalau kita menipu pun, tak malukah kita dengan Allah?Dia melihat dan mengetahui segala gerak laku dan niat kita...so, kenapa nak tipu diri sendiri? sedih tetapi agak lega juga sebab bila bulan Ramadhan laaa baru pandangan kita clear skit dari memandang aurat2 yang tak sepatutnya terdedah.time-time cam ni ramai lah yang bershopping tudung Donatella dan yang sewaktu dengannya sebab nak memuliakan bulan puasa.teringat satu signboard dekat2 dengan The Store, Kemaman, dia cakap menutup aurat tu wajib..so, tiap kali saya terpandang signboard tu, terasa beruntungnya saya sebab signboard tu at least igtkan saya yang lemah ni...so kalo laa aurat tu wajib dilindungi oleh seorang wanita, kenapa hanya diwaktu2 tertentu seperti di bulan puasa, di majlis2 kematian atau majlis2 agama dan waktu solat je kita kena tutup aurat?and aurat here ain't just about the headscarf but also the clothing....ooklaaa,takmo ulas panjang2 takut nanti dikatakan extreme cases plak..tp this is really wut i feel eventho for me; kesedaran ni datang agak lewat, but better late than never kan?more or less, i also feel sad sebab kali ni, tak dapat lagi nak bersahur dengan teman2 seperjuangan di Brissy..no more berjaga malam dan sahur with cereal...takde lagi Fazz to wake me up for sahur....*sobsobsob*.but i must say i deeply feel sad for my cousins for wut they have been through and still have to go through..if only i can control this whole life, it will never be a sad ending for anybody...but that's not the way life's work, rite?but cuzzin, really, this small hands will always be rite by ur side to help..especially with the coming of Ramadhan, i know korang memang rustic dan tough tapi when u lose sumthing, it's unbearable...setiap perancanganNya itu ada hikmahNya.dan mungkin ini yang terbaik untuk kita semua..and Lisa, thanx for the thot....later kita sembang panjang2...nice to have u too as ma cuzzin!! SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN,sekali lagi....

(sorry saya bukan nak kasik teks ceramah; just sebagai renungan sebab saya tahu, amai yang pandai untuk menilai perkara yang baik dan sebaliknya.)


3.10.05
11:05 PM

salam dari Kerteh!
hi..hi..assalamualaikum semua...finally, got a chance to blog again...after all the struggles to get connected, here i am...nak update apa yer?oklaa, firstly, syukur i am back in da house again...feel good to be in the house again...have a very busy week for the last 2 weeks...went traveling all over KL for the past weeks...got cargo to be picked up..got ESU to be informed....phone to unlock, internet to be settled...and uni to apply...but a bit laid back now as most of the stuff are quite settle now....except for my swollen left eye cos of infection; thanx to Korie for bringing the virus and allergy to dust; making me sneezing and coughing all the time...still adjusting myself , i guess....but the best part is; i've got a chance to decorate room again....i just love it!!! (kenapalaa?)...got into cat-dog fight most of the time with Ain...she just won't let me feel easy...=P...lagi, been tutoring Ain and Korie and also babysitting Isya...lagi, i'm bored, i want to study...=(