me-self...
http://oraion.blogspot.com
the name is syahida
was born on 25/11/198*
have an excessively happy attitude
not a good listener, but a good observer
a big time dreamer:P
interest includes:
- coffee
- cheesecake and pastries
- k-drama,j-drama & anime
- learning culture & living style
hate includes:
- excuses
- waiting
- poser, gediks, hopeless peeps
25.10.04
3:02 PM
terpikir,dan terdiam...dan terpana ku membaca,>
got this artikel from one of the website...tapi sebelum itu sudah terbaca dr emel yg diforwardkan oleh seorang teman.terkejut dan marah sebab betapa tak sangka,ada juga orang Islam yang bergelar seniman ni sanggup buat perkara seperti ini...i mean kita bukan orang barat yang hidup dengan norma-norma barat...tak bangga ker jadik orang timur sampai nak kena bercumbu-cumbuan dalam filem?bercumbu tuh dah satu hal,tapi yang lebih memalukan yang dicium tu pulak bukannya suami sendiri..kalau suami sendiri tu boleh laa diterima tapi ni...?tapi yang paling sedih,macam manalaa orang Islam kita berpikir? tak rela??kalau dah jadik tuh,maknanya awak relakanlah tu cik kak oiii...?kalau filem2 Malaysia dah boleh start hasilkan filem2 sebegini,adakah itu menunjukkan bahawa disitu tahap moral masyarakat kita pada hari ini berada?dah tiada lagi segan-silu dan tatasusila timur kalaupun tak mahu berpegang dengan Islam,which is lebih baik...?kalau satu filem macam ni dah berjaya dihasilkan dan mendapat sokongan di Malaysia,mungkin akan menyusul lebih banyak lagi filem2 begini pada masa hadapan?fikir2kanlah,dah sampai one fine day tuh nnt, tiada alasan yang boleh dijadikan alasan apabila ditanya nanti..
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
7 Perhentian - Lakonan Erra paling berani
Oleh ABD. AZIZ ITAR
FILEM 7 Perhentian mencatat satu fenomena baru dalam karier Erra Fazira sebagai pelakon. Menerusi filem itu, watak Suraya yang dilakonkan oleh Erra dilihat sebagai yang paling berani setakat ini. Keberanian Erra itu dapat dilihat apabila dia sanggup melakonkan watak Suraya bercumbu dengan pasangannya, Amir (lakonan Farid Kamil). Pengarah 7 Perhentian, Prof. Madya A. Razak Mohaideen turut mengakui, ``Ini adalah filem lakonan Erra yang paling berani sekali. Erra berjaya melakonkan adegan romantis itu dengan baik. ``Dalam filem ini, saya cuba paparkan watak Suraya dan Amir sedang bermesra. Penggambaran pula dijalankan pada waktu malam yang sunyi sepi. Adegan romantis itu nampaknya berhasil,'' kata Razak sewaktu Utusan Malaysia bertemu dengannya selepas pratonton 7 Perhentian di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Erra yang ditemui menganggap, adegan romantisnya bersama Farid sebagai satu tanggungjawab bagi memenuhi tuntutan jalan cerita filem tersebut. ``Itu memang sudah menjadi kerja kita (berlakon). Sebagai pengarah, Razak tahu apa yang dia mahu. ``Saya berani melakonkan adegan itu walaupun dalam keadaan yang tidak rela. Apa pun, saya sudah melakonkan adegan itu mengikut apa yang dikehendaki oleh pengarah,'' ujar Erra. Sementara itu, Farid Kamil pula melihat secara profesional adegan-adegan romantis yang dilakonkannya bersama Erra. ``Sebagai pelakon, saya lihat adegan itu daripada sudut yang profesional. Sebelum penggambaran bermula saya sudah baca skrip dan tahu ada adegan seperti itu. ``Satu jam sebelum penggambaran adegan itu dilakukan, saya buat perbincangan dengan Erra daripada segi dialog dan pergerakkan. Saya juga tanya pendapat Erra sebelum melakonkan adegan itu,'' kata Farid.
Selain Erra dan Farid, 7 Perhentian turut dibintangi oleh Waheeda, Maya Karin, Vanida Imran, Hattan, Serina Redzuawan dan Rashidi Ishak. 7 Perhentian mengisahkan tentang masalah rumah tangga dan perniagaan Amir. Ekoran masalah itu, Amir melarikan diri dengan memandu kereta sendiri pada waktu malam dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Sewaktu dalam perjalanan itu, Amir bertemu dengan seorang gadis misteri yang dikenali sebagai Suraya. Penggambaran 7 Perhentian dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Shah Alam, Janda Baik (Pahang) termasuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Nilai dan Seremban. Filem yang menelan kos sebanyak RM1.3 juta ini adalah hasil usaha sama antara Metrowealth Movies Production, MIG Beats dan Grand Brilliance Sdn. Bhd.