yang ku mahu...Aku ingin hidup secerah mentari pagi
Yang menyinari di taman hatiku
Aku ingin seriang kicauan burung
Yang terdengar di jendela kehidupan
Aku ingin segala-galanya damai
Penuh mesra membuahkan ceria
Aku ingin menghapuskan duka dan lara
Melerai rindu di dalam dada
Sedamai pantai yang memutih
Sebersih titisan embun pagi
Dan ukhuwah ini pasti berputik
Menghias taman kasih yang harmoni
Seharum sewangi kasturi
Seindah ceria pelangi
Segalanyakan bermula di sini
persahabatan yang ikhlas takkan membina benteng di antara kita...lebih-lebih lagi apabila kita berada pada jalan yang sama...kenapa perlu lari dari persahabatan ini kalau temanmu tak pernah jemu mendoakanmu? kenapa perlu pergi saat dia juga sedih dan merasakan kepayahan diatas dukamu? adakah benar persahabatanmu bukan kerana dunia semata....tundukkah rasa ego di dalam hatimu untuk teman yang tak pernah meminta sedikit pun kesenangan darimu, bahkan sentiasa bersedia menjadi payung yang melindungi...adakah kau rela melihat dia bersedih dengan keadaanmu kini? janjiNya adalah pasti, maka mengapakah kau merasa takut untuk menerima huluran temanmu?fikirkanlah perasaannya kerana saat dibangkitkan nanti,pertalian ini bakal dipersoalkan...tidakkah kau mahu lihat temanmu di syurga atau adakah kau lebih rela dia dimamah neraka hanya kerana kasihnya padamu?