31.8.05
10:44 PM
Update listsBerhati-hati !!! ketika membeli barangan kegunaan harian anda.Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?Tersebut disenaraikan beberapa barangan yang dikenal pasti mempunyai kaitan pengeluarannya dengan Yahudi Israel.
* Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi daripada kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.Sebagai ganjaran daripada kerajaan Israel, Coca Cola akan membina kilang baru di tanah yang dirampas daripada orang Palestin iaitu di Kiryat Gat.
* McDonald mempunyai 30,000 restoran di 121 buah negara serata dunia. Pengerusi dan CEO Mc Donald - Jack M. Greenberg, Pengarah Terhormat Dewan Perdagangan dan Industri American-Israel. McDonald Corporation adalah rakan korporat terbesar dalam Kesatuan Tbung Yahudi dan Pertubuhan Yahudi. Melalui komisyen Israel, Kesatuan Tabung Yahudi bergerak untuk membiayai ketenteraan Amerika, sokongan ekonomi dan diplomatik untuk Israel.
* 50.1% syarikat Swiss dimilikki oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R&D. Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle pula menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
* Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai oleh US dan 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk memberi gambaran Jerusalem adalah milik mereka.
* Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.
* Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.
* Jutawan Ronald Perelman yang memiliki Revlon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis. Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisme dan Israel.
* Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.
* Pengerusi Estée Lauder, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Beliau juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.
* Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.
Makanan Syarikat Tasty Foods
Produk: Makanan Ringan
Jenama: Samba, Fun, Lays.
Syarikat Heinz
Produk: Puri Tomato, Ketchup, Sos Cili & Tomato.
Syarikat Lambert
Produk: Gula-gula
Jenama: Chiclets, Adams, Clorets, Snack, Halls.
Syarikat Hosstess
Produk: Makanan Ringan & Kek
Jenama: Twinkess, Hos Hos, Cup Cake.
Syarikat Cadbury
Produk: Coklat, Gula-gula, makanan ringan.
Syarikat Coca-cola
Produk: Minuman bergas
Jenama: Coca-cola, Fanta, Sprite, Pepsi,7-up, Mountain Dew, Miranda.
Syarikat Hadaiq California
Syarikat Rocky
Produk: Basbuosah, Jeli Om-Ali.
Syarikat Perrier-Vittel
Produk: Air Galian Barakah.
Syarikat Nestle
Produk: Makanan Ringan, Minuman, Campuran Masakan
Jenama: Kit-kat, Perrier, Nescafe, Maggie, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffe Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (makanan haiwan-kucing), Croose & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, ButterFinger, MilkyBar, Frutips.
Syarikat Americana
Produk: Burger, Sausage, Ayam.
Minyak Sayuran Rawabi, Fern
Makaroni Columbus, Hayo
Chipsy
Delta
Super Market Sainsburry
Heiz
Edge
Tesco
Kedai Makan/Restoran McDonalds
Tikka
Kentucky Fried Chicken (KFC)
Kantis
Arby's
Pizza Hut
Chicken Tikka
Paradise
McBurger
Alat Pencuci dan Kecantikan Syarikat Procter & Gamble
Produk: Kesihatan, Syampu, Sabun
Jenama: Head & Shoulders, Pert Plus, Pantene, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, Close Up, Colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean... dan sebagainya.
Syarikat Palmolive
Produk: Pencuci dan Sabun
Jenama: Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy... dan sebagainya.
Syarikat Johnson & Johnson
Produk: Kesihatan dan Penjagaan Diri
Syarikat Johnson
Produk: Pewangi dan Ubat Nyah Serangga
Jenama: Raid, Glade... dan sebaginya.
Syarikat Revlon Make-up
Syarikat East In Sambel
Syarikat Beverly Hills
Syarikat Sitreen
Bahan Tenaga Bateri Kenderaan Milestone
Bateri Kenderaan Powder
Bateri Kecil Energyzer, Duracell, Everady... dan sebagainya.
Alatan Sukan Nike
Universal
Power
Paramount
Youngers
Pakaian Jean's Basic
Kelvin Klein
Levi's
Basic
Ralph Lauren
Alatan Pejabat Syarikat Delta Egypt
Parker Schiffer
Pen Schiffer
Higher
Alatan Komunikasi dan Teknologi Maklumat Max
IBM
Intel
Uracel
Nokia
Motorola
Digital
6:26 PM
SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKAMerdekakah Kita?
Oleh : Maszlee Malik
Tepat jam menunjukkan detik 12 malam tanggal 31 Ogos...seluruh Malaysia terutamanya di Dataran Merdeka acara stereotaip tahunan akan berlangsung. Selepas jeritan merdeka, merdeka, merdeka...jiwa-jiwa dan pemikiran anak-anak muda kita pun akan mula dijajah kembali. Dijajah nafsu, dijajah kegilaan andreanelin, dijajah keseronokan yang singkat yang mengundang bala yang berpanjangan, dijajah pemikiran pengabdian secara total kepada budaya najis dari barat dan juga dijajah oleh Iblis yang telah mengisytiharkan peperangan terhadap Bani Adam seawal Nabi Adam A.S. diciptakan.
ragam muda-mudi pada malam 31 ogos Merdeka, merdeka, merdeka...seruan yang dulunya menjadi laungan keramat tanda bebasnya watan kita dari penjajahan kuasa luar kini telah menjadi laungan keramat sebagai lesen untuk penjajahan bentuk baru di dalam jiwa anak-anak muda kita. Sejarah tidak pernah menipu, dan sejarah jugalah yang telah menyaksikan saban tahun pemudi-pemudi beragama Islam kita dijajah dan disamun kemuliaan dan mahkotanya oleh penjajah-penjajah yang sepatutnya menjadi " Qawwamuun" (pelindung) ke atas mereka. Pemuda dan pemudi menjadi tidak keruan dijajah otak mereka dek air-air khayal yang kedapatannya dilelong dan dijual secara jumbo sale di malam tersebut di premis-premis 7 eleven, pasaraya-pasaraya dan juga kelab-kelab malam.
Merdeka, merdeka, merdeka...di satu ceruk pula kedapatan pengunjung-pengunjung setia rumah-rumah Allah mengsekularkan diri mereka menyambut hari Merdeka dengan bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat. Sekular ?, ya...mereka di satu wadi dan manusia di wadi yang lain. Mereka mengharapkan keredhaan Allah tanpa menghiraukan mereka-mereka yang hanyut kelemasan dijajah dan digagahi oleh nafsu dan sayitan di malam tersebut. Sekali lagi mereka-mereka ini pun masih lagi dijajah oleh pemikiran "Nafsi-nafsi" atau "Ananiyyah".
Habis cara yang bagaimana kita nak sambut Hari Kemerdekaan kita ?,
jika tiada hiburan tiada serilah hidup kita ?,
jika tiada hiburan kita tidak maju!,
jika tiada hiburan kita dilihat kolot!
Begitu parahnya pemikiran kita dijajah dan diperkosa.
Kehidupan hanyalah untuk hiburan ! jika tiada hiburan tiadalah kehidupan!,
jika tiada hiburan ketinggalan zaman!
Segalanya untuk berhibur, menghibur dan terhibur kemudiannya terlanjur.
Dalam zaman yang serba moden ini sepatutnya umat Islam perlu lebih kreatif. Pemikiran mereka tidak selayaknya dijumudkan dengan menjilat dan menelan semua yang berasal dari barat. Sikap sebegini hanya akan merencatkan kekreatifan sesuatu bangsa dan hanya menjadikan mereka hamba pemikiran barat dan akan terus terjajah. Seeloknya umat Islam, di Malaysia khususnya dalam menyambut hari kemerdekaan, menyemaikan jatidiri bangsa merdeka dan menyuburkan semangat patriotik mempunyai gaya dan cara yang tersendiri yang tidak bertentangan dengan Syariat Islam.Tiada count down bukan beertinya kita ketinggalan zaman, dan ber count down tidak menunjukkan kita maju. Ianya hanya mempamerkan keujaan kita dan sikap jakun untuk meniru bangsa lain yang kita anggap lebih keramat dan lebih berdarjat.
Zaman-zaman 70'an, 80'an malah, tiada pun acara count down dan konsert-konsert sehingga larut malam yang akhirnya mengundang tahajjud bersama orang ketiga (syaitan) di celah-celah pokok di taman, di dalam kereta di tepi taman-taman bunga, di hotel-hotel murahan dan malah di sesetengah tempat dilakukan di tepi-tepi padang. Tidak cukup lagikah dengan national parade yang menjadi acara fardhu kifayah di Dataran Merdeka pada tiap-tiap tahun ?, mengapa mesti sesuatu acara yang bersulamkan maksiat menjadi acara yang diberikan galakan untuk hidup mekar dan terus diwarisi sepanjang zaman ?
Jikalau kita lapar sangat pun nak meniru budaya barat yang menghidupkan waktu malam mereka pun, hidupkanlah ia dengan cara yang lebih bermaruah dan patriotik. Acara tatu angkatan tentera, pantomen pentas, alunan lagu-lagu patriotik, acara berdoa dan bersolat berjemaah beramai-ramai, pementasan filem-filem patriotik dan pelbagai acara lain yang bebas maksiat boleh dijalankan untuk menyambut malam kemerdekaan. Yang penting kita wajib ada cara sambutan kita yang tersendiri. Acara sambutan yang tidak bercanggah dengan syariat tetapi selari dengan aliran zaman. Acara yang tidak membuka jalan-jalan kepada maksiat untuk dilakukan secara terbuka. Jikalaulah perkara seumpama itu pun tidak dapat kita fikirkan jelaslah fikiran kita dan jiwa kita masih lagi dijajah.
Apalah ertinya merdeka negara tetapi fikiran umatnya masih terjajah. Walau bagaimanapun yang lebih penting bukannya sambutan. Sambutan hanya hiasan, hanya simbol, hanya lambang, yang lebih utama sebenarnya ialah pengisian dan juga keadaan sebenar rakyat itu sendiri mesti benar-benar merdeka.
Bagi umat Islam pula, kemerdekaan akidah mereka dari kesyirikan adalah perkara pokok yang mesti mereka usahakan. Begitu juga halnya kemerdekaan jiwa mereka dari sifat-sifat mazmumah yang akan mengundang bala di dalam kehidupan dunia dan akhirat tidak boleh diabaikan. Seterusnya kemerdekaan pemikiran individu umat dari segala pemikiran dan perhambaan terhadap pemikiran barat yang bertentangan dengan syarak juga penting agar mereka tidak selamanya menjadi pengikut agenda orang lain dan sentiasa berakhir menjadi penyaksi sejarah sahaja.
Selain itu kemerdekaan umat Islam dari perhambaan kepada nafsu juga tidak boleh dipandang ringan, ini kerana perhambaan mereka kepada nafsu akan membawa mereka menjadi hamba kepada benda-benda lain. Contohnya, jika mereka menurut nafsu, mereka akan menjadi hamba Arak, hamba wanita, hamba duit, dan yang wanita pula akan sentiasa dieksploit untuk menjadi hamba kapitalis-kapitalis yang hanya memandang mereka tidak lebih dari peralatan untuk mereka menggandakan keuntungan.
Sekali lagi untuk menjadi seorang yang merdeka, seseorang itu wajiblah terlebih dahulu menyedari dirinya hanyalah hamba kepada Allah sahaja dan hanya tunduk dan patuh kepada perintah Allah semata-mata dan tidak sekali-kali melanggar perintahnya. Sebarang pelanggaran terhadap perintah Allah dan perbuatan meninggalkan larangannya akan hanya menjadikannya hamba Allah yang derhaka dan tidak merdeka dari menuruti hawa nafsu sendiri...maka berterusanlah dia dijajah.
Persoalannya, bagaimana pula dengan diri kita ?, merdekakah kita ?
(7:179) "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jinn dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat2 Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda2 kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat2 Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."
30.8.05
11:56 AM
let's be creativehad a busy morning today....after Subuh prayer, feel very keen to start on the t-shirt design competition organised by PQSA....actually i was forced by Fazz to do it..Y)!!heheheeh..got some idea too after browsing internet last nite....when to some site for t-shirt design to get some idea....found lotsa that is nice, but my skills and software that i used limits the creativity...kalo laa boley lukih....plus, not sure if when it's printed, the design will look the same or not..ongkosnya juga perlu dihitungkan? kalo biayanya mahal, pasti nggak bisa juga diprint....tapi harap2nya bisa kan, kalo tak ponat jo den dok membrowse semalaman.....takper kiter tak tengok pada hasilnya but the effort is important...kan? so, guys and gurls of PQSA; meh laa meramaikan pertandingan t-shirt ni...,kalo taknak pon lagi baguih...macam promote pertandingan melukih peringkat sekolah plak....but do check my design and tell me wut u think of it....
design!thanks yah~
29.8.05
10:02 PM
sedikit imbasan..siapakah aku?Melayu hilang sejarah dan hilang arahDilulus terbit pada Saturday, August 27 @ 16:57:39 MYT oleh LinuxPro
Artikel Oleh : walii9
Buku sekolah kerajaan dulu bertulis ,pedagang Cina datang ke Melaka, kemudian sedikit menceritakan sejarah Islam masuk melalui Melaka, tidak tahu nama yang bawa, masuklah pedangang, lalu melompat ke kisah perebutan kuasa Raja-raja Selangor dan lari ke Perak. Lalu Inggeris memasukkan bangsa Cina untuk Perlombongan dan India untuk Perladangan.
Kemudian dalam perkembangannya Inggeris yang menguasai Malaya telah berhasil membangunkan Kuala Lumpur bersama Yap Ah Loy, seorang kapitan Cina. Seterusnya penubuhan Malayan Union serta diikuti UMNO kemudian merdeka. Setelah merdeka keluarlah sejarah Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain pahlawan usaha dari Pencinta Bangsa. Mat Kilau terpaksa mengaku dirinya kerana mungkin beliau tidak sampai hati akibat MELAYU yang terlalu percaya atas apa yang dilaporkan oleh orang Inggeris bahawa beliau sudah meninggal sekadar untuk menghapuskan semangat memberontak bangsa MELAYU ketika itu. Tidak berapa lama kemudian, BOOOM!!! Perang dunia. Kemudian sedikit reda. Sejarah cukup sekadar itu, kerana tiada sejarah tambahan untuk tingkatan enam.
Hang Tuah bukan lah sejarah, ia lebih kepada Hikayat dimana ia bukan dipelajari dalam subjek Sejarah, ia hanya dipelajari dalam matapelajaran Sastera. Sehinggakan Melayu sendiri tidak yakin akan kewujudan beliau. Sehinggalah P. Ramlee membuat filem mengenainya, satu MALAYA berkobar-kobar hendak menjadi Hang Tuah. Sekali lagi rakyat keliru, Hang Tuah kini dilantik menjadi Pahlawan oleh Memanda Menteri, kerana Menteri sudah menjadi RAJA apabila Sultan jatuh takhta.
Ada fakta yang menyatakan Melayu dan Islam sudah berada di tanah Melayu sebelum Laksamana Cheng Ho lagi. Melayu adalah bangsa pertama yang berada di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya. Ada juga sejarah mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kaum Polenesia dari Tanah Besar China dan ada juga mengatakan bahawa Melayu berasal dari Turki dan mempunyai persamaan dengan Genghis Khan. Rujuk dibawah:
[ The Malays are traditionally classified as a member of the Mongoloid race, along with other Asiatic peoples, including Chinese, Mongols,Japanese, Koreans, Thais, Vietnamese and Burmese. Malays are also linguistically related to the Polynesian and Micronesian groups of the mid-Pacific, as members of the wide ranging Austronesian family of languages.] Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Melayu berasal dari Indonesia. Mana satu hendak dipercaya?
Kenapa Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po, hanya disebut sebagai berbangsa CINA, namun BERAGAMA ISLAM tidak dinyatakan? Kenapa HANG TUAH sibuk berlawan sedangkan amal ibadatnya tidak nyatakan? Percayakah anda bahawa bangsa MELAYU adalah bangsa yang menduduki sebahagian besar muka bumi pada masa lalu, jika dikaji rujukan di atas. Apabila pendedahan oleh TV3, terdapat kaum Melayu di Sri Lanka, MELAYU sendiri terkejut. Bagaimana dengan di lain negara, darah masih sama, bahasa yang berbeza? Filipina, Thailand, Vietnam dsbnya.
Kenapa sejarah yang ada mengatakan Parameswara yang menemui Singapura, dan bukannya Pak Leman atau Pak Lah? Sedangkan jengok dari Tambak Johor sudah nampak pulau Singapura. Kenapa Pulau Pinang hanya ditemui oleh Francis light dan bukannya Kassim Selamat atau Kassim Masdor? Sudah mai Penang kenapa tak mai bukak Langkawi pulak, sat aja? Tahukah kenapa kedua Pulau sudah bukan milik kita? Kerana MELAYU cari tak jumpa, yang jumpa bangsa lain. Seperti sudah ada perancangan, Sehingga lah kini. Kita terpengaruh apabila diasak dengan, “Barang yang lepas jangan dikenang. Airmata kan jatuh berlinang.” Juga kata PM pencen kita, “Menuju wawasan 2020” tak payah toleh belakang dah, diikuti dengan PM yang ada sekarang, “KITA MESTI LIHAT JAUH KE HADAPAN, ITU LAH ISLAM HADHARI.” Walaupun BUKAN Islam yang ASLI. Asyik pandang ke depan, lupa apa dah jadi dibelakang. British ketawa terkangkang-kangkang.
Dulu TANAH MELAYU, kemudian MALAYA, Sekarang MALAYSIA. Pihak Inggeris sudah lama bawa lari, berkapal-kapal, berguni-guni, hikayat dan segala sejarah MELAYU lama yang tuen, bertujuan untuk hilangkan kuasa Melayu di Tanah Melayu sendiri. Sedikit demi sedikit. Kini “Tanah sekangkang kera” sudah semakin nyata, kera-kera turut ketawa. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi oleh lapuran TV3, bahawa, nama Malaysia sudah direka oleh Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya sebelum Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 melalui penggabungan Federasi Malaya dengan Koloni mahkota Britania Singapura. Buktinya terdapat dimuzium sabah dan adalah EHSAN dari Muzium Sejarah di Britain. Awalnya perancangan mereka, negara belum dijajah sudah direkakan nama? Apakah perancangan mereka? Kita tak sedar kerana terlalu gembira lolongkan merdeka setiap tahun.
Siapa cipta nama MALAYSIA, dan atas dasar apa ia dicipta? Kalau di fikir cara mudah, perkataan, MELAYU, CINA dan INDIA disatukan akan menjadi MALAYSIA. Takkan MALAYCINDIA kut? Tak sedap langsung. Nama ini MELAYU yang buat atau Inggeris yang reka? Anda fikirlah sendiri, tetapi pendapat saya berat mengatakan bahawa MALAYSIA adalah sebuah negara ujikaji dan perancangan yang HEBAT oleh pihak Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya demi menukarkan status Tanah Melayu kepada tanah masyarakat MAJMUK.
Sedarkah kita bahawa MELAYU sudah cuba dihapuskan sejak dahulu lagi dan berterusan sehingga kini? Sejarah yang dibaca tidak menyebut MALAYSIA milik MELAYU. Keburukan Melayu terus menjadi sejarah untuk dibaca generasi demi generasi. Apa yang kita tahu pasal Melayu ialah, Hang Tuah yang asyik bergaduh untuk Sultan sehingga berbunuhan antara kawan. Kesultanan Melayu merebut kuasa diantara mereka. Melayu membunuh Sultan ketika dijulang. Nadim dibunuh oleh Sultan Singapura kerana terlalu pandai. Sikap Melayu juga diterjemahkan sebagai bangsa yang BODOH dan mudah tertipu dengan cerita lawak mitos dahulu, ANGAN-ANGAN MAT JENIN, PAK KADUK yang menang sorak kampung tergadai dan LEBAI MALANG yang sentiasa rugi untuk mencari makan. Sejarah begini berterusan sehingga selepas merdeka apabila PAK KADUK ditipu sekali lagi lalu tanah Singapura tergadai dan kehilangan PULAU – PINANG akan menyusul kemudian. Mungkin. Kerana apa? Sejarah tertulis yang yang pulau-pulau tersebut bukan kita yang jumpa.
Adakah kisah Pak Kaduk akan berulang, kerana hanya MELAYU yang bersorak riang, apabila HARI KEMERDEKAAN menjelang? Persoalan untuk kita fikirkan bersama ialah kenapa sejarah MELAYU disimpan di BRITISH sehingga kini? Kenapa kerajaan tidak membawanya pulang? Kenapa pulau di Selat Melaka sudah menjadi milik orang? Isu tanah tergadai kenapa seperti berulang-ulang sehingga sekarang? Apa muslihat BRITISH sehinggakan keadaaan masih tidak berubah sehingga kini? Adakah cara memerintah berbeza dengan cara BRITISH DAHULU? Adakah ^%$# kesinambungan BRITISH? Kenapa BRITISH memusuhi SULTAN MELAYU, ketika Tanah Melayu dijajah? Adakah ketika MAHATHIR menjadi PM, impian BRITISH terlaksana kerana kuasa SULTAN dipertikaikan dan kuasa dikurangkan? Adakah MELAYU terus kukuh atau semakin pupus kuasa dan pemilikan tanahnya? Kenapa **$# memerintah seperti MALAYSIA ini milik mereka sahaja sedangkan rakyat MELAYU semakin tertekan dan maruah rakyat MELAYU semakin berkurang? Bangsa apakah yang masih melonjak untuk sambut Merdeka setiap tahun? Kenapa @#$ tidak lonjak bersama? Kenapa #$#% yang konon berjuang untuk MELAYU, apabila diundi, MELAYU masih begini?
Nasihat saya, MAJULAH KEHADAPAN untuk cerah MASA DEPAN, Jangan lupa sejarah KALAU MELAYU TIDAK MAHU PARAH. Terus usaha untuk kembalikan SEJARAH MELAYU yang sebenar, supaya kita tahu siapakah PENGKHIANAT #$@$ dan siapa sebenarnya PAHLAWAN BANGSA. Lupakan kemerdekaan kerana ia MELALAIKAN. Cari matlamat sebelum berjuang, kerana
PERJUANGAN TULEN itu bukannya IKUTAN.*tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. ini sekadar general knowledge untuk diri saya dan orang-orang yang berminat untuk mengetahui. i mean, for me myself, i feel proud to be a malaysian esp a malay but somehow,i like to dig more about the root...(sorry, dulu aku mmg nak amik kos arkeologi ker sejarah ker tapi tawaran Petronas menggabui mata....)lagi-lagi kalau kita tengok keadaan di Malaysia sekarang,i mean, kita iktiraf ISLAM sebagai agama rasmi negara kita yang tercenta, tapi berapa peratus rakyat Malaysia, melayu yang betul-betul fahami dan hayati agama rasmi kita?i remember one of my uncle(pakcik jauh laa tapi), he's chinese....so memula dier revert, his parents wassssss so angry sebab pada mentaliti diorang, dier revert sebab nak jadi melayu.yerlaa,diorang tak kisah dier converse dan bercampur dengan malays but revert to Islam, is big deal..but slowly, he let his parents understand, being a muslim and melayu is two different things....and for me myself yang tengah blur-blur, i try to look deeper for the reason and answers to it..(sebab tuh aku minat sejarah sangat sampai boley tolong bacakan buku teks sejarah utk satu kelas, khatam laa dalam 3-4 kali...lepas tuh sambung plak ngan buku rujukan Sasbadi...)to tell the truth, saya tak pernah rasakan diri saya adalah melayu, sebabnyer bokap ama abahku nggak pernah bilang kami adik-beradik orang melayu...sorry it's not a joke but kalau kitorg tak disamakan dengan orang siam(abah ku ore kelate) or mesti slalu diigtkan bahawa kitorg ni org Islam....so tulaa...alkisahnyer sedikit sebyk naper aku tak pro melayu heheheeheh..lagipun bokapku bilang, orang kuning ker hijau ker pink ker samer jer....naper nak kisah pasal namer?...tapi sekrg dah lain, lagi jauh saya dapat fikir, lagi jauh saya nak tahu...(dulu aku pon nak jadik peguam, sbb from bidang undang2 nih mudah nak masuk politik..hahahahaha..)but i guess, aper-aper yang kita ceburi, boleh jadi batu loncatan...enuff of mengarut, tapi one thing that i think i really want to mention, sedih melihat nasib MELAYU yang still berpusing2 konfius dlm maze ciptaan sendiri...i mean i've been there n lucky dan insyaallah,i 've meet the exit door...tapi berapa orang dari kita yang akan bangun atau berkejar masuk ke dalam bangunan yang terbakar untuk selamatkan orang lain...?atau adakah kita still akan jadi trend follower kepada dogma-dogma ideologi barat yang kononnya best tp sebenarnya takde asas? fikir-fikirkanlah, manual cara hidup yang sahih dah dalam genggaman kita tapi kenapa teori ciptaan semata masih lagi diagung2kan? SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...aku anak MALAYSIA~ *
25.8.05
9:41 AM
Iklan Coca ColaPendapat Penulis Oleh : Ammar Yasir
Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi d
engan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolon jangan letak/parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu boleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!], time raya, time parti, time kenduri , time bola piala dunia dll.
*Dah baca pros and cons pasal coke.?...so, fikir2kan sendiri..tapi yang paling penting Coke ni adalah hasil rencana orang-orang Yahudi. Kitakan orang Islam, buat apa nak sokong bangsa yang bunuh kaum kita sendiri? Even ulama Islam pon dah banyak keluarkan fatwa pasal membeli-belah barang Yahudi ni..."Setiap dollar(ikut matawang negara memasing yek) yang dibelanjakan untuk membeli barangan mereka adalah sama seperti sebutir peluru yang mereka guna untuk bunuh umat Islam di Palestin,Afghanistan, Iraq, Rusia,dan dimana-mana sahaja di dunia ini...".Fikirkanlah, kalau kita tak mampu nak menghulurkan tangan untuk menderma atau menyumbangkan duit-ringgit kita ke dalam tabung-tabung keamanan, hopefully kita boleh elakkan diri dari membeli barangan Yahudi...they gain power whilst others suffer...kita taknak power ker?
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Bulan ni bulan membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
24.8.05
3:21 PM
hold back that tears,
cos tomorrow will
be another day,
hold it strong
cos i'm weak...
remember that
it is not an end
cos tomorrow will be
a new beginning,
i'm holding on you,
so hold back that sadness,
cos i depend on you,
so much troubles i give,
so much love you returned,
hold back that tears,
cos it's not the end.....
*Allah tak uji hambaNya jika sesuatu perkara itu diluar kemampuan dirimu.Bersabarlah kerana setiap kesusahan itu akan dibalas dengan kebaikan.Hidup adalah perjuangan menuju keredhaanNya bukan perjuangan mengejar kesenangan duniawi. Jangan sedih atas perkara diluar kemahuanNya,kerana Dia lebih mengetahui..Dan Allah itu maha pengampun lagi maha pengasih.*
20.8.05
11:01 PM
I will be there.......If one day you feel like crying...
Call me,
I don't promise that I will make you laugh,
But I can cry with you
If one day you want to run away--
Don't be afraid to call me.
I don't promise to ask you to stop...
But I can run with you
If one day you don't want to listen
to anyone...
Call me.
I promise to be there for you.
And I promise to be very quiet.
But if one day you call...
And there is no answer...
Come fast to see me.
Perhaps I need you.
-The End - there's no end to our friendship..it will last forever, even when we're far away from each other..even when there's no phone or emel that can connect us, but do believe and remember; that i always miss you and remembers you all....this bond is so precious to me especially not just because i know you and spending my laughter and tears with you, but because i love you for Him...He'd give you all to me and i feel happy that i get a chance to know you all.thanx for sharing your kindness and loves without being selfish to me...and i hope i did give the same as return for your friendship...i like to talk about journey, so this is my another journey; where i met you all and i learned a lot about it. you all tell me how to fly,tell me how to soar, tell me how to listen to the rythms of life and now i hope i know better and will give it to others...thannk for be there for me..to share more tears with me...i feel bad for leaving too fast but i hope it will the best for us all...hugs and kisses..i love you all...ukhuwwah fillah...
Ingatlah insan cinta adalah anugrah
yang diberikan Allah Kepada Manusia
Jangan kau lupakan cinta kepada Allah
Karena sesungguhnya Cinta Allah
Lebih berharga daripada cinta oh di dunia...
Sayangilah yang menyayangimu
Sayangilah karena tuhanmu
Menyayangi sesama dan bersaudaralah
Bersatulah semua dan jangan berpecah
19.8.05
9:46 PM
la tahzan~nothing is certain in this world, i guess? betul ker? tak betul lah tu, kalau tak, taklah Allah suruh kita beriman kepada qada' dan qadar. yang jadi tak certainnya sebab kita tak tahu dan tak nampak ianya akan berlaku dan apa yang akan berlaku.dan apabila sesuatu yang tak disangka-sangka berlaku,janganlah sampai kita menyalahkan ketentuanNya.ada sebab sesuatu itu berlaku.Allah nak uji kita, mungkin sebab kita lalai mengingatiNya.lagi pun, hidup seorang yang bernama 'insan' ni takkan terlepas dari ujian.dan ujian-ujian yang Allah kenakan keatas kita itu, bukanlah suatu penderaan atau nikmat yang kita patut salahkan atau buat kita lupa padaNya, tapi itu adalah peringatan buat kita, bahwa Dia ada disamping kita.dan sepatutnya buat kita rasa lebih dekat padaNya juga.macam pokok bunga, kalau terlebih baja dan air mesti layu dan lama-lama mati.begitu juga kalau kurang atau takde langsung, akan mati jugak.tapi kalau dia adalah dalam sukatan yang betul dan mencukupi, pasti bunga tu dapat membesar seiring dengan supply dia dan akhirnya menghasilkan bunga yang dapat menyenangkan hati ramai orang dan memberi madu kepada lebah..it's like two-ways communication kan? antara diri kita dengan sang Pencipta...bila kita buat sesuatu menurut perintahNya, dia balas kita dengan nikmat yang setimpal dengan perbuatan kita.kita tak nampak dan tak menyedari, tapi it's there..in your heart...dengan akal yang diberi, kita sendiri boleh bezakan dan percaya.tak payah nak tunggu datang seru atau aper-aperlah sebab bukti paling dekat dengan kita, hati tu sendiri yang beritahu kita. macam satu ayat ni cakap "apa-apa sahaja yang bergetar dalam hati kamu itu adalah dosa." dan kita tahu, bila hati kita bergetar, berdebar ker haper ker, kita rasa seluruh badan kita tak best dan sebaliknya juga kalau kita terlebih excited. so kalo dicomparekan dengan peribahasa mat saleh macam "follow your heart", "follow your gut"..tak ke sama tu? see, diorang pun percaya adanya hati dan akal yang mentadbir seluruh sistem diri seorang manusia; mentally and physically...tapi manusia tu kadang-kala terlalu amazed dengan individu-individu sampai dia lupa ada lagi yang lebih besar dan lebih layak untuk dia letakkan rasa takjub tu.tapi jangan rasa apa yang saya tulih ni extreme sebab apa yang saya rasa datang dari apa yang saya lihat,dengar dan fikirkan. i've walk a thousand walks, and i wanted to stop. but there's always sumthing that pushed me to the top.i seek for it and in the middle i feel bored. but somehow, it comes back to me and until then, i wish i will never stop .
@}---
18.8.05
1:14 AM
SELAMAT HARI LAHIRto dearie
AZIMAH CMR"Give me one friend, just one, who meets the needs of all my varying moods. " And truly, you're one of it...miss ya~
Selamat Hari Lahir,Iringan doa kuhulur,Bersyukur kepada-Nya,Atas nikmat usia,
17.8.05
9:58 PM
bila jari-jemari dah start menaiptulis pasal berbicara atau lebih dekat lagi dengan kita, berbual memang tak akan stop kat mana-mana.maaflah,sekarang ni agak lambat sikit nak mengupdate,internet tak connect2 lagi. balik kepada main topic...agak2 dalam sehari berapa jam kita bercakap?kalau cakap, 24 jam logik tak? yerlaa...campur ngan mengigau mesti cukup 24 jam...tulah agaknya kelebihan manusia, very good in using their mouth. tapi ada juga kelemahannya, terlampau banyak sangat bercakap juga tak bagus.ada seorang teman cakap, selalunya apa yang kita perkatakan itu, terbit dari fikiran dan hati kita. so, selalulah dia jadikan perbualan hari-harian antara sesama manusia ni sebagai benchmark untuk dia kenal orang2 disekeliling. bila difikirkan,betul jugak,look back at myself...agaknya sebab tuh laa mulut saya ni lepas sangat...i never think before i speak...ntah dari mana-mana jer...output yang keluar semua dari input yang tak valid....parallel transfer....so,after this,kena laa tukar dari parallel transfer jadik serial transfer supaya bila bercakap taklah orang blur dengan apa yang saya nak sampaikan....=).lebih-lebih lagi, sebagai seorang yang mempunyai akal, kita lagi-lagilaa dituntut untuk berkata-berkata tentang perkara yang baik dan benar. so, bayangkan kalau dok asyik merapu,berapa ramai dah orang yang kita lalaikan?ayah pin pon kalah camni...bila dimbas2kan balik, for myself personally, dapatlah rasakan betapa sia-sianya bercakap tentang perkara-perkara yang tak membantu kehidupan pon. bak kata pepatah; binasa pulut kerana santan,binasa badan kerana mulut. dulu saya ni kuat bergaduh...lebih-lebih ngan budak lelaki....kalau main hoki lagi cepat marahnya.bukan sebab bengang dengan game tapi dengan mulut-mulut takde insurans. pernah hampir nak bergasak dengan budak lelaki sebab berebut padang.tapi punca yang utama,mulutlah....kalo gaduh tumbuk2,gerentilaa saya kalah....hahahaha,hari yang hot, bertambah hot dek kerana mulut diorang.dan mulut kitorang...tapi last-last takder saper pon dapat main kat padang tuh sebab tetiba ustaz datang (sebab dengar kitorg bising2)dan kerahkan kita orang semua lari 5km...padan muka..main tak dapat, mulut penat,badan pon penat..sia-sia jer bergaduh....tapi itulah, kadang kala kata-kata yang tak betul ni bukan jer kosong, tapi juga boleh membawa kepada salah faham yang akhirnya bawa kepada gaduh besar dan perpecahan...tapi tak semua kata-kata yang kita tuturkan sehari-hari tu tak boleh diterima, cuma mungkin kalau kita pause for a few seconds and think before we say sumthing; benda yang kita cakapkan tuh boleh buat seseorang berubah kepada perkara yang lebih baik atau mungkin buat orang yang sedih rasa happy sikit.orang yang mendengar pon boley timbul rasa respect diorang terhadap kita... begitu juga sebaliknya.but at the end, i think i agreed dengan kawan saya ni..nak tahu macam mana attitude orang-orang disekeliling anda, perhatikan apa yang diorang bicarakan. bukanlah maksudnya, kita cuba judge mereka sebab diri kita juga ada silapnya TAPI dari situ kita dapat tahu hati budi mereka.....dan saya juga taklah sangat bagus untuk kata orang lain tak baik. cukuplah kalau sekadar improve diri kita through apa yang kita bualkan.sebab setajam-tajam senjata adalah lidah manusia.dan sebab lidah kita ini jugaklah, keluarnya kata-kata...dan janganlah sebab lidah kita, ia menahan seluruh badan kita dari masuk ke syurga....tak sedih ker? bayangkan kalau setiap kata-kata itu kita gunakan untuk sampaikan sesuatu perkara yang baik, sangatlah beruntung buat diri kita malahan orang yang mendengar cakap-cakap kita tadi pon turut rasa happy....paling saya terasa bila bace satu artikel(kononnya lawak kot)..tajuk dier :apa orang cina fikir pasal org melayu...(sorry no offend pada sesiapa; takde niat apa2 yah~)...satu point dier ckp...org melayu ni dikenali sebagai bangsa pendengki oleh bangsa lain di negara kitalah....mula-mula baca;hati saya memang sakit tapi bila difikirkan balik.*toinkkkk*.mungkin ada betulnya...i mean, it's everywhere...mengumpat,gossip2 tak betul, jatuh-menjatuhkan sangat popular dikalangan bangsa kita...tapi janganlah sebab bangsa; kita rasa sedih, tapi rasalah sedih sebab sikap kita yang telah digeneralisekan oleh orang-orang luar yang memerhatikan kita..tapi saya tahu,tak semua begitu....tapi jugak, lebih memalukan(for me), sebab somehow macam tulaa diorang tengok kita sebagai seorang penganut agama Islam....takde beza....aku,kau sama jer...jadi,jomlah kita flash back balik..jauh-jauh sikit and forward it sampai dekat part yang kita impikan....dalam every part, adakah kita wish kita cakap benda-benda yang buruk?rasanya even menghadap tuhan pon kita wish kita cakap perkara yang baik-baik dan lembut,tak?so,starting tomorrow,jom kita wish kita cakap perkara yang baik dan benar dan disukai....dan mungkin yang boleh ubah perspektif others towards ourself...
16.8.05
3:50 PM
wut's upmy week starts again with uni yg hectic dan pack..firstly,i'm happy for abah for his 25th years for being with Petronas...plus..i dun't really feel like writing...so, i'll leave it here first..later-later, me r going to update~ ciao..
13.8.05
2:57 PM
week-end~it's been almost 2 weeks now and the internet connection is still kong...waaa...bukan main susah nak buat research....seems like my access to information terhenti sekejap....but anyway, it's a good thing as i know makin rajin ke uni.at least dalam menggunakan internet, i did do a lot of other stuff macam bersenam(sebab kena jalan pegi dan balik), dapat jumpe kawan-kawan dan rajin pegi kelas sebab dulu kalau ada gap jer, mesti balik...sekarang ni pass tute ngan contact pon dah pegi....anyway, still long way to go..got demo on week 5 for my advanced IT project, got another 2 lab assesments, 2 assignments dan berjuta lemon hal-hal kehidupan yang perlu diselesaikan...better stop here first...sebab me have noting to say anymore..*wink*
12.8.05
9:37 AM
another birthday has come~just wanna wish Miss Mynn happy birthday..may Allah bless you always~....
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan...
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia,
Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,
Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi,
Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia. sekain untuk hari ini.. =)
5.8.05
10:33 AM
mari berfikir sejenakBila ada adalah..tidak ada
bila apa yang...kau tahu salah
bila apa yang...kau dengar bohong
apakah langit..
Memang ada diatas kita
apakah langit..
Memang biru biru warnanya
apakah langit..
Memang benar-benar adanya
tak ada kebenaran hakiki
yang ada cuma hanya
kamu disana
dan akulah milikmu keyakinan akan sebuah kebenaran
bukanlah kebenaran
kebenaran yang sejati
bila tak benar...diuji kebenarannya jom kita fikir-fikirkan kejap..meh,for those who wants to really know me...let's interpret those words above...takde kena-mengena pon but i like how it's says..open your eyes and see; open your heart and feel; then you'll understand...
4.8.05
2:39 PM
hari-hari dalam hidupku....dah lama rasanya tak meng"update" after the last entry... due to beberapa masalah teknikal kehidupan yang dialami,i.e; ketiadaan internet,cuti dan malas nak mengupdate menyebabkan kelancaran perjalanan blog ini terganggu seketika.huahuahua....~ pretty much menjalankan kehidupan seharian seperti biasa...busy dengan hal-hal pembelajaran seperti orang lain..try to catch up as fast as i could so that i can match up with others in the same course...feeling pretty anxious, nervous sebab i'm not sure whether i can do it or not...i always feel like quitting...no matter wut people tell me...guess all that negative charge is in myself..~ try harder to memorise a lot of things...sumbat-sumbat cam tauhu sumbat...feeling a bit stress lately....banyak sangat kemahuan yang perlu disettlekan...orang ni nak table layout, yang ni nak trust computing, banyak laa lagi...ARGHHHHHHHHHHH...nak jerit kuat2 kat sini...!