<body>


syahida
perfection of unperfect

Navigations are at the {top}

bold italic underline link

29.8.05
10:02 PM

sedikit imbasan..siapakah aku?
Melayu hilang sejarah dan hilang arah
Dilulus terbit pada Saturday, August 27 @ 16:57:39 MYT oleh LinuxPro
Artikel Oleh : walii9

Buku sekolah kerajaan dulu bertulis ,pedagang Cina datang ke Melaka, kemudian sedikit menceritakan sejarah Islam masuk melalui Melaka, tidak tahu nama yang bawa, masuklah pedangang, lalu melompat ke kisah perebutan kuasa Raja-raja Selangor dan lari ke Perak. Lalu Inggeris memasukkan bangsa Cina untuk Perlombongan dan India untuk Perladangan.
Kemudian dalam perkembangannya Inggeris yang menguasai Malaya telah berhasil membangunkan Kuala Lumpur bersama Yap Ah Loy, seorang kapitan Cina. Seterusnya penubuhan Malayan Union serta diikuti UMNO kemudian merdeka. Setelah merdeka keluarlah sejarah Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan lain-lain pahlawan usaha dari Pencinta Bangsa. Mat Kilau terpaksa mengaku dirinya kerana mungkin beliau tidak sampai hati akibat MELAYU yang terlalu percaya atas apa yang dilaporkan oleh orang Inggeris bahawa beliau sudah meninggal sekadar untuk menghapuskan semangat memberontak bangsa MELAYU ketika itu. Tidak berapa lama kemudian, BOOOM!!! Perang dunia. Kemudian sedikit reda. Sejarah cukup sekadar itu, kerana tiada sejarah tambahan untuk tingkatan enam.
Hang Tuah bukan lah sejarah, ia lebih kepada Hikayat dimana ia bukan dipelajari dalam subjek Sejarah, ia hanya dipelajari dalam matapelajaran Sastera. Sehinggakan Melayu sendiri tidak yakin akan kewujudan beliau. Sehinggalah P. Ramlee membuat filem mengenainya, satu MALAYA berkobar-kobar hendak menjadi Hang Tuah. Sekali lagi rakyat keliru, Hang Tuah kini dilantik menjadi Pahlawan oleh Memanda Menteri, kerana Menteri sudah menjadi RAJA apabila Sultan jatuh takhta.
Ada fakta yang menyatakan Melayu dan Islam sudah berada di tanah Melayu sebelum Laksamana Cheng Ho lagi. Melayu adalah bangsa pertama yang berada di Tanah Melayu sejak berkurun lamanya. Ada juga sejarah mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kaum Polenesia dari Tanah Besar China dan ada juga mengatakan bahawa Melayu berasal dari Turki dan mempunyai persamaan dengan Genghis Khan. Rujuk dibawah:
[ The Malays are traditionally classified as a member of the Mongoloid race, along with other Asiatic peoples, including Chinese, Mongols,Japanese, Koreans, Thais, Vietnamese and Burmese. Malays are also linguistically related to the Polynesian and Micronesian groups of the mid-Pacific, as members of the wide ranging Austronesian family of languages.]
Tidak kurang juga yang mengatakan bahawa Melayu berasal dari Indonesia. Mana satu hendak dipercaya? Kenapa Laksamana Cheng Ho dan Puteri Hang Li Po, hanya disebut sebagai berbangsa CINA, namun BERAGAMA ISLAM tidak dinyatakan? Kenapa HANG TUAH sibuk berlawan sedangkan amal ibadatnya tidak nyatakan?
Percayakah anda bahawa bangsa MELAYU adalah bangsa yang menduduki sebahagian besar muka bumi pada masa lalu, jika dikaji rujukan di atas. Apabila pendedahan oleh TV3, terdapat kaum Melayu di Sri Lanka, MELAYU sendiri terkejut. Bagaimana dengan di lain negara, darah masih sama, bahasa yang berbeza? Filipina, Thailand, Vietnam dsbnya.
Kenapa sejarah yang ada mengatakan Parameswara yang menemui Singapura, dan bukannya Pak Leman atau Pak Lah? Sedangkan jengok dari Tambak Johor sudah nampak pulau Singapura. Kenapa Pulau Pinang hanya ditemui oleh Francis light dan bukannya Kassim Selamat atau Kassim Masdor? Sudah mai Penang kenapa tak mai bukak Langkawi pulak, sat aja? Tahukah kenapa kedua Pulau sudah bukan milik kita? Kerana MELAYU cari tak jumpa, yang jumpa bangsa lain. Seperti sudah ada perancangan, Sehingga lah kini. Kita terpengaruh apabila diasak dengan, “Barang yang lepas jangan dikenang. Airmata kan jatuh berlinang.” Juga kata PM pencen kita, “Menuju wawasan 2020” tak payah toleh belakang dah, diikuti dengan PM yang ada sekarang, “KITA MESTI LIHAT JAUH KE HADAPAN, ITU LAH ISLAM HADHARI.” Walaupun BUKAN Islam yang ASLI. Asyik pandang ke depan, lupa apa dah jadi dibelakang. British ketawa terkangkang-kangkang.
Dulu TANAH MELAYU, kemudian MALAYA, Sekarang MALAYSIA. Pihak Inggeris sudah lama bawa lari, berkapal-kapal, berguni-guni, hikayat dan segala sejarah MELAYU lama yang tuen, bertujuan untuk hilangkan kuasa Melayu di Tanah Melayu sendiri. Sedikit demi sedikit. Kini “Tanah sekangkang kera” sudah semakin nyata, kera-kera turut ketawa. Baru-baru ini kita dikejutkan lagi oleh lapuran TV3, bahawa, nama Malaysia sudah direka oleh Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya sebelum Malaysia dibentuk pada 16 September 1963 melalui penggabungan Federasi Malaya dengan Koloni mahkota Britania Singapura. Buktinya terdapat dimuzium sabah dan adalah EHSAN dari Muzium Sejarah di Britain. Awalnya perancangan mereka, negara belum dijajah sudah direkakan nama? Apakah perancangan mereka? Kita tak sedar kerana terlalu gembira lolongkan merdeka setiap tahun.
Siapa cipta nama MALAYSIA, dan atas dasar apa ia dicipta? Kalau di fikir cara mudah, perkataan, MELAYU, CINA dan INDIA disatukan akan menjadi MALAYSIA. Takkan MALAYCINDIA kut? Tak sedap langsung. Nama ini MELAYU yang buat atau Inggeris yang reka? Anda fikirlah sendiri, tetapi pendapat saya berat mengatakan bahawa MALAYSIA adalah sebuah negara ujikaji dan perancangan yang HEBAT oleh pihak Inggeris sejak bertahun-tahun lamanya demi menukarkan status Tanah Melayu kepada tanah masyarakat MAJMUK.
Sedarkah kita bahawa MELAYU sudah cuba dihapuskan sejak dahulu lagi dan berterusan sehingga kini? Sejarah yang dibaca tidak menyebut MALAYSIA milik MELAYU. Keburukan Melayu terus menjadi sejarah untuk dibaca generasi demi generasi. Apa yang kita tahu pasal Melayu ialah, Hang Tuah yang asyik bergaduh untuk Sultan sehingga berbunuhan antara kawan. Kesultanan Melayu merebut kuasa diantara mereka. Melayu membunuh Sultan ketika dijulang. Nadim dibunuh oleh Sultan Singapura kerana terlalu pandai. Sikap Melayu juga diterjemahkan sebagai bangsa yang BODOH dan mudah tertipu dengan cerita lawak mitos dahulu, ANGAN-ANGAN MAT JENIN, PAK KADUK yang menang sorak kampung tergadai dan LEBAI MALANG yang sentiasa rugi untuk mencari makan. Sejarah begini berterusan sehingga selepas merdeka apabila PAK KADUK ditipu sekali lagi lalu tanah Singapura tergadai dan kehilangan PULAU – PINANG akan menyusul kemudian. Mungkin. Kerana apa? Sejarah tertulis yang yang pulau-pulau tersebut bukan kita yang jumpa. Adakah kisah Pak Kaduk akan berulang, kerana hanya MELAYU yang bersorak riang, apabila HARI KEMERDEKAAN menjelang?
Persoalan untuk kita fikirkan bersama ialah kenapa sejarah MELAYU disimpan di BRITISH sehingga kini? Kenapa kerajaan tidak membawanya pulang? Kenapa pulau di Selat Melaka sudah menjadi milik orang? Isu tanah tergadai kenapa seperti berulang-ulang sehingga sekarang? Apa muslihat BRITISH sehinggakan keadaaan masih tidak berubah sehingga kini? Adakah cara memerintah berbeza dengan cara BRITISH DAHULU? Adakah ^%$# kesinambungan BRITISH? Kenapa BRITISH memusuhi SULTAN MELAYU, ketika Tanah Melayu dijajah? Adakah ketika MAHATHIR menjadi PM, impian BRITISH terlaksana kerana kuasa SULTAN dipertikaikan dan kuasa dikurangkan? Adakah MELAYU terus kukuh atau semakin pupus kuasa dan pemilikan tanahnya? Kenapa **$# memerintah seperti MALAYSIA ini milik mereka sahaja sedangkan rakyat MELAYU semakin tertekan dan maruah rakyat MELAYU semakin berkurang? Bangsa apakah yang masih melonjak untuk sambut Merdeka setiap tahun? Kenapa @#$ tidak lonjak bersama? Kenapa #$#% yang konon berjuang untuk MELAYU, apabila diundi, MELAYU masih begini?
Nasihat saya, MAJULAH KEHADAPAN untuk cerah MASA DEPAN, Jangan lupa sejarah KALAU MELAYU TIDAK MAHU PARAH. Terus usaha untuk kembalikan SEJARAH MELAYU yang sebenar, supaya kita tahu siapakah PENGKHIANAT #$@$ dan siapa sebenarnya PAHLAWAN BANGSA. Lupakan kemerdekaan kerana ia MELALAIKAN. Cari matlamat sebelum berjuang, kerana PERJUANGAN TULEN itu bukannya IKUTAN.

*tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal. ini sekadar general knowledge untuk diri saya dan orang-orang yang berminat untuk mengetahui. i mean, for me myself, i feel proud to be a malaysian esp a malay but somehow,i like to dig more about the root...(sorry, dulu aku mmg nak amik kos arkeologi ker sejarah ker tapi tawaran Petronas menggabui mata....)lagi-lagi kalau kita tengok keadaan di Malaysia sekarang,i mean, kita iktiraf ISLAM sebagai agama rasmi negara kita yang tercenta, tapi berapa peratus rakyat Malaysia, melayu yang betul-betul fahami dan hayati agama rasmi kita?i remember one of my uncle(pakcik jauh laa tapi), he's chinese....so memula dier revert, his parents wassssss so angry sebab pada mentaliti diorang, dier revert sebab nak jadi melayu.yerlaa,diorang tak kisah dier converse dan bercampur dengan malays but revert to Islam, is big deal..but slowly, he let his parents understand, being a muslim and melayu is two different things....and for me myself yang tengah blur-blur, i try to look deeper for the reason and answers to it..(sebab tuh aku minat sejarah sangat sampai boley tolong bacakan buku teks sejarah utk satu kelas, khatam laa dalam 3-4 kali...lepas tuh sambung plak ngan buku rujukan Sasbadi...)to tell the truth, saya tak pernah rasakan diri saya adalah melayu, sebabnyer bokap ama abahku nggak pernah bilang kami adik-beradik orang melayu...sorry it's not a joke but kalau kitorg tak disamakan dengan orang siam(abah ku ore kelate) or mesti slalu diigtkan bahawa kitorg ni org Islam....so tulaa...alkisahnyer sedikit sebyk naper aku tak pro melayu heheheeheh..lagipun bokapku bilang, orang kuning ker hijau ker pink ker samer jer....naper nak kisah pasal namer?...tapi sekrg dah lain, lagi jauh saya dapat fikir, lagi jauh saya nak tahu...(dulu aku pon nak jadik peguam, sbb from bidang undang2 nih mudah nak masuk politik..hahahahaha..)but i guess, aper-aper yang kita ceburi, boleh jadi batu loncatan...enuff of mengarut, tapi one thing that i think i really want to mention, sedih melihat nasib MELAYU yang still berpusing2 konfius dlm maze ciptaan sendiri...i mean i've been there n lucky dan insyaallah,i 've meet the exit door...tapi berapa orang dari kita yang akan bangun atau berkejar masuk ke dalam bangunan yang terbakar untuk selamatkan orang lain...?atau adakah kita still akan jadi trend follower kepada dogma-dogma ideologi barat yang kononnya best tp sebenarnya takde asas? fikir-fikirkanlah, manual cara hidup yang sahih dah dalam genggaman kita tapi kenapa teori ciptaan semata masih lagi diagung2kan? SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA...aku anak MALAYSIA~ *