the reasonJangan
cinta kerana dia lelaki..
kelak kita akan
membenci..
jika dia
bukan lelaki yang dicari..
hanya pandai
menabur janji..
jangan
dirindu pada
paras rupa..
kelak kita
akan terseksa..
jika dia
tidak sebaik rupanya..
senyumnya manis
tipu belaka..
jangan
disayang kerana ber
harta..
kelak kita
hidup menderita..
jika hartanya habis
dibelanja..
sukarnya hidup miskin dan papa..
jangan
dikasih kerana di
puji..
kelak kita
menagih janji..
jika
rupa berkedut dimamah hari..
hilang sudah puji memuji..
jangan
dicari seorang kekasih..
kelak kita akan
disisih..
jika kasih
luntur bersih..
menangislah diri hidup bersedih..
jangan
disambut salam rindu..
kelak kita
menahan sendu..
jika rindu tak dapat
disatu..
dimanakah akan kita
mengadu..
jangan
dilayan seorang teman..
kelak hidup menjadi ancaman. .
jika teman
tidak beriman..
dibakar api dihari kemudian..
wahai sahabat wahai teman..
carilah dia kerana
tuhan..untuk
menambah ceteknya iman..
bekalan diri hidup berteman..
*sekadar renungan bersama...kadang kala it's a pressure for us to have sumbody that we can rely on and close to us lebih-lebih lagi apabila umur sudah meningkat dewasa...it's a nature for every human.tapi kita kenalah berhati-hati dalam memilihnya as this will determine our next step in future life....not try to outsmart anybody here cos this is just wut i think...*
"Wanita-wanita keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik" Surah An-Nuur ayat 26.