<body>


syahida
perfection of unperfect

Navigations are at the {top}

bold italic underline link

1.11.05
3:31 AM

BERPUASA SEBAGAI ASAS KETAKWAAN

Shaum ramadhan merupakan salah satu dari syariat Islam yang berfungsi untuk menundukan dan mengekang hawa nafsu. Ini kerana, hakikatnya jika suatu perbuatan itu tidak berjalan atau selari dengan tuntutan syara' (wahyu Allah swt), bererti ia mengikuti hawa nafsu belaka. Begitu juga jika manusia mengambil sumber selain Islam sebagai sistem yang mengatur dan menyelesaikan permasalahan hidupnya (dari urusan individu hinggalah kepada urusan Negara) seperti kapitalisme, demokrasi dan lain-lain sistem yang jelas bukan dari Islam hakikatnya juga adalah mengikut hawa nafsu semata. Ini kerana secara pasti antara wahyu dan hawa nafsu saling bertentangan dan bercanggah. Wahyu adalah segala sesuatu yang diturunkan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk dijadikan pegangan hidup, sedangkan hawa nafsu sebaliknya adalah segala sesuatu yang lahir dari selain wahyu Allah swt.
Allah swt berfirman:

"Tidaklah yang diucapkannya itu (al-Qur'an dan as Sunnah) menurut hawa nafsunya. Ucapannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya." [TQM An-Najm:3-5]

Oleh yang demikian setipa muslim seharusnya mengambil kesempatan dibulan yang penuh berkah ini untuk menundukkan hawa nafsunya. Kepatuhan seorang muslim hanyalah kepada Allah swt iaitu dengan memenuhi dan menerapkan segala hukum-hukumNYA di dalam kehidupan dan meninggalkan segala bentuk perkara dan perbuatan yang membawa kepada kemurkaanNYA. Seorang muslim juga seharusnya menolak dan meninggalkan terus sebarang bentuk tsaqafah asing yang jelas bukan diambil dari sumber Islam seperti pemikiran dan idea sekulerisme, nasionalisme, demokrasi, liberalisme dan fahaman-fahaman lain yang menguasai umat secara keseluruhan pada hari ini.

Oleh itu, hakikat sebenar menundukkan hawa nafsu bukan hanya menahan diri dari makan, minum, berbohong, mengumpat dan memperbanyakkan beberapa ibadah ritual semata tetapi ianya adalah mengembalikan kesatuan umat, syariat dan kehidupan Islam ditengah-tengah kehidupan manusia sebagai sistem yang mengatur segala urusan manusia. Urusan ini meliputi segala hal dan perkara dari urusan individu hinggalah ke urusan Negara, samada ia berkaitan dengan ibadah, perhakiman, perundangan, kemasyarakatan, jual-beli, ekonomi, pemerintahan dan sebagainya.

Allah swt berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana puasa itu telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertakwa" [TQM al-Baqarah : 163].

Takwa mengikut para shalafus-shalih adalah sikap dan rasa takut kepada Allah swt;Yang Maha Agung (al-jalil), menerapkan wahyu yang dituturankanNYA (at-Tanzil) dan mempersiapkan diri bertemuNYA dihari Kiamat (ar-Rahil). Dengan adanya sikap inilah seorang muslim mampu mendekatkan diri kepada sang penciptanya iaitu Allah swt dengan satu ketundukan dan ketaatan yang ikhlas dan tidak ternilai. Sesiapa sahaja yang mengkaji al-Qur'an dengan telus, pasti ia akan menemukan satu kesimpulan bahawa kehidupan orang-orang yang bertakwa senantiasa menjadikan syariat Allah swt sebagai pimpinan dan rujukan atas segala perbuatan dan urusannya.

Allah swt berfirman

"Alif lam min. Kitab ini (al-Qur'an), tidak mengandungi sesuatu yang meragukan didalamnya, sebagai petunjuk bagi orang-orang yang bertakwah." [TQM al-Baqarah : 1-2]

Dari keterangan ayat diatas, dapat difahami bahawa orang-orang yang bertakwa adalah orang-orang yang sentiasa menjadikan al-Qur'an sebagai panduan dan petunjuk hidupnya (way of life) dalam kehidupannya secara kaffa. Iaitu dia akan menjadikan Islam sebagai landasan atau kaedah pemikirannya (qa'dah fikriyyah) dan juga sebagai kepimpinan atau pusat rujukan utama didalam ia berfikir/bertindak. Secara langsung ia akan menjadikan Islam sebagai penentu hidupnya didunia ini.

*artikel adalah ihsan daripada mykhilafah.com || Ramadhan kian berlalu, namun sudahkah kita temui nilai hidup yang kita lalui selama ini, diatas landasan yang kita pilih sendiri? cukupkah ibadah kita di bulan yang mulia ini menjadi suatu pedoman untuk kita sendiri hayati sejauh mana keikhlasan diri...atau, masihkan ia menjadi seperti Ramadhan2 yang lepas...hanya kerinduan dibibir tetapi dihati tiada bererti?, dihayati........*