<body>


syahida
perfection of unperfect

Navigations are at the {top}

bold italic underline link

8.11.05
3:30 AM

ibarat sebuah perjuangan memerlukan pengorbanan...kalau kita nak perolehi sesuatu, kita akan bersungguh-sungguh berusaha dan bekerja kearahnya...macam ulat beluncas yang mahu bertukar menjadi rama-rama, dia akan berusaha keras untuk keluar dari kepompongnya...dia juga akan memastikan daun2 yang dimakan, adalah daun-daun yang terbaik agar sayap2nya kelak akan menghasilkan corak2 yang cantik dan menawan setiap mata yang memandang....begitu jugaklah dengan hidup kita,sejak sebelum kita wujud lagi kita dah berusaha keras untuk meneruskan kehidupan...teringat satu cerita baby2 tak lama dulu..sperm yang menghasilkan baby tu cakap, siapa berenang paling cepat, dialah yang menang...dan setiap kali tercapai segala apa yang kita kerjakan,usahakan; pasti kita merasa sangat gembira dan berpuas hati..dan begitu juga jika sebaliknya berlaku...kita pasti merasa marah,sedih dan kecewa....sebagai seorang Islam pastilah kita lebih mengerti tentang perjuangan kerana di dalam Al-Quran sendiri telah banyak disebutkan tentangnya....untuk mendekati Allah itu sendiri, kita diminta berusaha untuk berjuang BUKAN sahaja melawan musuh dan kekafiran tetapi yang paling dekat dengan kita, iaitu melawan nafsu.dan perasaan sendiri...di dalam sebuah kisah pernah diceritakan bahawa Allah ingin menguji nafsu, lalu dibawa ia menghadapNya...Allah bertanya, "wahai nafsu, siapakah Aku?" nafsu menjawab,"aku adalah aku, dan Kau adalah Kau"...mendengar jawapan nafsu itu, Allah telah meletakkan nafsu di dalan lautan paling dalam dan sejuk untuk satu jangka masa yang agak lama....kemudian di bawa kembali nafsu berjumpa dengan Allah.Allah bertanya lagi, "wahai nafsu, siapakah Aku?"..seperti sebelumnya, nafsu menjawab "aku adalah aku, dan Kau adalah Kau..."sekali lagi Allah menghukum nafsu dengan meletakkan ia ke dalam neraka paling panas.....selepas beberapa lama berada di dalam neraka, ia dipanggil kembali bertemu dengan Allah...Allah bertanya lagi, "wahai nafsu, siapakah Aku?" kali ini nafsu menjawab, "aku adalah aku dan Kau adalah Kau..." mendengar jawapan nafsu itu, Allah sekali lagi menghukum nafsu dengan tidak memberi ia makan dan minum...selepas 3 hari dihukum, nafsu mengalah dan Allah sekali lagi berjumpa dengan nafsu...ditanya kembali soalan yang sama seperti sebelumnya, nafsu menjawab;"Kau adalah tuhanku dan aku adalah hambaMu.." begitulah kedegilan nafsu yang terdapat di dalam diri manusia yang hanya boleh ditundukkan dengan ketaatan terhadap Allah semata-mata....mengapa? kerana kita adalah insan yang selalu lupa dan sering kali hati kita ini, amat mudah terusik oleh begitu banyak anasir2 luar yang baik mahupun buruk.... kerana itulah hidup kita ini dimulakan dengan satu pengakuan yang mengesakan Dia dan mengakui bahawa Muhammad itu adalah utusanNya untuk kita... sejak lahir lagi kita adalah Islam dari segi sifat dan perbuatan, tak kiralah dia berkulit hitam, bermata biru, sepet ataupun berambut blonde sekali pun...Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci) maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.''
dan sejak di dalam kandungan lagi kita telah berjanji untuk hanya menyembah kepadaNya dan melakukan apa yang disuruhNya dan meninggalkan segala laranganNya...mungkin sudah terlalu ramai yang lupa dengan perjanjian itu tetapi amat berbahagialah sesiapa yang tetap mendukungnya...bagi saya, ia adalah satu perjanjian yang amat payah untuk dipegang apatah lagi untuk dikotakan tetapi amat besar ganjarannya...dan dalam memenuhi perjanjian ini, harus diakui bahwa setiap orang pasti pernah merasa kecewa, berputus asa, marah dan kadang-kala gembira,tenang....namun ramai yang lupa tentang perjanjian ini sehinggakan ia hanya menjadi sekadar sebutan di bibir sekali-sekala atau hanya tatkala ajal sudah di hujung tanduk...nauzubillah...bukan mahu menuduh atau mengeji, tetapi saya rasa, selayaknya kita mengerti dulu, apa tujuan kita berada di muka bumi ini...melalui syahadah yang kita sebutkan dulu dan kini, ia adalah pengakuan, perjanjian juga kontrak yang mengikat kita agar patuh dengan segala syarat yang dikenakan...namun dipertengahan jalan, tak ramai yang mampu mengotakannya; itu semua adalah diatas ketentuanNya dan berdoalah agar nasib dan penghabisan kita akan lebih baik....apa yang saya tulis kali ini, adalah cermin buat diri saya sendiri ..dan saya berharap, agar ia mampu menjadi ingatan terus buat diri saya dan orang-orang yang mahu memahami...perhentian kita bukan disini kerana dunia adalah fana....

"Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui.
Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Surah As-Saff: 10-13"