<body>


syahida
perfection of unperfect

Navigations are at the {top}

bold italic underline link

21.11.05
2:54 AM



Pejuang Islam Diseksa: Pembela Digelar dan Dilabel Pengganas


Bahan Bergambar Oleh : Abu Jihad

Saya membaca artikel yang dikirim oleh seorang penulis dalam laman ini saudara ramlisdar yang bertajuk “Shake and Bake Pentagon Admits Using Phosphorous Bombs on Fallujah” yang ditulis oleh Dave Lindorff. Maklumat yang sama juga telah diterbitkan oleh Utusan Malaysia mengenai pengakuan oleh Pentagon mengguna senjata fosforus putih terhadap pejuang Islam Iraq di Fallujah pada November tahun lalu.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Barry Venable berkata, fosforus putih (Phosphorous Bombs) paling kerap digunakan untuk menandakan sasaran atau melindungi kedudukan, bahan kimia ini juga pernah digunakan di Fallujah sebagai senjata untuk membakar gerila anti-AS (Pejuang Islam).


Bandar Fallujah menjadi hancur akibat keganasan tentera Amerika. Semua penduduk melarikan diri, yang tinggal akan dibunuh.

Pertempuran untuk menguasai Fallujah adalah yang paling sengit dan banyak mengorbankan jiwa manusia termasuk orang awam. Bandar yang terletak kira-kira 60 kilometer ke Baghdad itu merupakan kubu kuat pejuang Islam

Televisyen RAI24 Itali telah menyiarkan dokumentari yang mendakwa bahawa tentera AS menggunakan senjata fosforus putih (Phosphorous Bombs) secara besar-besaran dan sembarangan terhadap penduduk awam semasa operasi di Fallujah tahun lalu.


Salah seorang tahanan Iraq yang diseksa di penjara Amerika. Mereka terbunuh dalam tahanan akibat penyiksaan yang maha dasyat ini

Abu Sabah yang kini tinggal di kem pelarian setelah dihalau daripada Fallujah mengatakan "Mereka menggunakan bom yang pelik yang mengeluarkan asab berbentuk seperti cendawan". Beliau pernah melihat cerbisan bom tersebut meletup dan mengeluarkan api yang besar yang terus menerus membakar kulit manusia walaupun selepas mereka menyimbah air ke atas tempat yang terbakar itu"

Dr Ahmed, seorang doktor dari Fallujah yang bekerja di Saqlawiyah, di pinggir Fallujah, menceritakan bagaimana beliau merawat seorang mangsa di mana kulitnya telah cair. "Mangsa dan mayat yang saya saksikan telah terkena senjata api dan tidak mempunyai kesan luka yang lain." Beliau begitu bimbang akan dibunuh kerana mendedahkan mengenai perkara ini, tidak menyebut penuh namanya.


Kakinya lebam dipukul. Kuku dicabut.

Burhan Fasa'a, seorang jurukamera bebas yang bekerja untuk Lebanese Broadcasting Corporation (LBC), telah membuat liputan lapan hari pertama pertempuran tersebut mengatakan "Saya melihat bom kluster di mana-mana dan begitu banyak mayat yang terbakar dan terbunuh tanpa kesan peluru pada mayat tersebut". "Saya yakin mereka menggunakan peluru api, terutamanya di daerah Jolan" tambahnya lagi.

Fasa'a pula berkata beliau telah menjual beberapa video klip yang diambilnya kepada Reuters kerana LBC tidak mahu menayangkan pita yang beliau serahkan kepada mereka. Beliau sempat menyeludup beberapa pita keluar dari bandar tersebut sebelum peralatannya dirampas oleh tentera AS.


kepala tahanan diketuk sehingga pecah.

Seorang penduduk yang telah dihalau daripada perkampungannya di Fallujah, Abdul Razaq Ismail menyebut bahawa pihak tentera Amerika cuba menutup salahlaku penggunaan senjata kimia ini. "Tentera Amerika telah mencampakkan beberapa mayat ke dalam sungai Furat berhampiran Fallujah" katanya.

Menurut registri Penyakit Toksik, "Phosphorous Putih adalah merupakan waxy solid yang mudah terbakar dan digunakan dalam mengeluarkan kimia dan bom asap. Terdedah kepada phosphorous putih alam menyebabkan badan terbakar dan kerosakan kepada hati, paru-paru, buah pinggang jantung dan kerosakan pada tulang dan kematian.

[Salah seorang tahanan selamat keluar daripada penjara menunjukkan kesan-kesan pukul dibelakangnya.]

Wikipedia menambah, "Meletupkan kelongsong WP dalam kawasan tertutup (seperti menembak dalam bangunan) akan menyebabkan kerosakan kepada agen paru-paru dengan gas beracun terhadap mereka yang terperangkap dalam bangunan tersebut.

Pihak Amerika bertanggungjawab di atas pembunuhan beramai-ramai secara kejam dengan menggunakan senjata kimia terhadap penduduk Fallujah.

Veteran tentera AS dalam perang Iraq memberitahu wartawan RAI News Sigfrido Ranucci bahawa: "Saya telah menerima arahan agar berhati-hati kerana kami telah menggunakan phosphorous putih di Fallujah. Dalam istilah ketenteraan ia dinamakan 'Willy Pete'. Phosphorous membakar badan manusia apabila tersentuh - malah ia akan mencairkan daging sehingga ke tulang. Veteran perang tersebut menceritakan mayat-mayat cair dihadapan mereka.

Cerita penyiasatan RAI News 24, Fallujah pula, pembunuhan yang dirahsiakan, telah di tayangkan melalui RAI-3 dan video tersebut bukan sahaja mengandungi kenyataan saksi yang menyaksikan yang terdiri daripada anggota tentera AS tetapi juga penduduk Fallujah. Hujan api mencurah ke atas bandar. Sesiapa yang terdedah kepada bahan pelbagai warna itu akan mula terbakar. Kami menemui mangsa yang seluruh tubuhnya terbakar tetapi pakaiannya masih melekat di badan, kata Mohamad Tareq al-Deraji, seorang biologist dan penduduk Fallujah.

Saya mengumpulkan bukti penggunaan phosphorous dan napalm dari beberapa pelarian Fallujah yang saya temui sebelum saya diculik, kata wartawan Manifesto, Giuliana Sgrena memebritahu dia telah diculik di Fallujah pada bulan Februari tahun lalu dalam satu temuramah yang dirakam. “Saya mahu mengeluarkan berita tersebut, tetapi penculik saya tidak membenarkannya.”

RAI News 24 telah menyiarkan rakaman video dan foto yang dirakam di bandar tersebut semasa dan selepas pengeboman November 2004 yang membuktikan bahawa tentera AS, walaupun dinafikan oleh Jabatan Negara AS.

Dalam ruangan penyiasatan yang diterbitkan oleh Maurizio Torrealta, rakaman yang dramatik tersebut mendedahkan kesan dari pengeboman ke atas orang awam, wanita dan kanak-kanak dan sebilangan besar dari mereka sedang tidur.

Penyiasatan itu juga menyiarkan bukti dokumentari penggunaan napalm berfomula baru MK77. Penggunaannya telah diharamkan oleh perjanjian PBB 1980. Penggunaan senjata kimia diharamkan dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Amerika Syarikat dalam tahun 1997.

Semua maklumat-maklumat ini akhir terbongkar, sebagamaina terbongkarnya perbohongan Bush serangan keatas Iraq kononnya untuk mencari sejanta pemusnah. Badan Dunia menjadi telunjuk kepada semua kata-kata Bush. Negara-negara Islam terikut sama membuat sekatan terhadap Iraq.

Sekarang kita telahpun tahu hakikat sebenar perbohongan dan kedurjanaan Amerika. Kita tahu selepas umat Islam terseksa dan teranayai, selepas mereka semuanya terkorban.

Media Yahudi dan Barat memainkan peranan memburuk-burukkan Islam. Memang itulah matlamat mereka, tetapi malangnya media kita sendiri pun selari dalam hal ini. Oleh itu dalam apa-apa isu berhubung umat Islam kita mesti berfikiran secara matang dan profesional. Jangan mudah kita diperbodohkan dengan propanganda Yahudi dan Barat yang nyata sekali memusuhi umat Islam.

Amerika pasti memerangi umat Islam, Presiden Bush sekali-kali tidak akan bersenang lenang jika ada umat Islam bangkit untuk menghayati Islam. Tidak hairan kalau Amarika boleh membelanjakan berjuta-juta dollar untuk kerja-kerja ini.

Kita mengetahui bahawa pembunuhan Dr Azahari Husin adalah dibiayai oleh Amerika sendiri. Malah 10 askar elit yang terlibat dengan operasi itu mendapat latihan bersepadu daripada Amerika.

Negera-negara Islam telah ditekan, malah menjadi suara Amerika untuk memastikan kebangkitan perjuangan Islam dihapuskan. Suara dan nada Islam dimatikan dan umat Islam dilalaikan dengan hiburan dan keduniaan.

*buka mata, buka minda, jangan nafikan hak mereka untuk hidup seperti kita...*